Kecemerlangan Jepun sebagai salah satu kuasa besar dunia sememangnya berkait dengan keteguhan sistem kemasyarakatan dan nilai yang diamalkan turun temurun. Era baru datang silih berganti dan negara Jepun turut mengalami perkembangan kesan dari rantaian krisis yang berlaku sekitarnya.
Banyak yang dirungkai penulis berkaitan tindakan rakyat dan pemerintah dalam berdepan dengan situasi yang melanda masyarakat Jepun dan cabaran-cabaran yang di hadapi. 7 bab yang terkandung ini akan menyelusuri kesan permasalahan peningkatan warga tua dan penurunan warga muda, robot dalam industri, transformasi gaya hidup dan penerimaan pelbagai budaya untuk proses asimilasi di Jepun. Naskah yang amat bermanfaat untuk pengkaji nilai-nilai timur khususnya di Jepun!!!